'>
HOME ABOUT T.F.P.D EX LINK E - NOVEL ARTWORK FOLLOW DASHBOARD

Friday, September 21

20 tanda anda sedang ketagih dengan internet..


  1. Online melebihi keperluan. Mata tertumpu ke monitor tangan di keyboard. Tapi tahu nak tulis apa.
  2. Urusan harian tertangguh.Gelas dan pinggan yang belum dibasuh tersusun rapi di amping meja komputer. Bila nak guna baru basuh. Bukan basuh selepas guna..
  3. Mengutamakan keseronokkan Internet berbanding bergembira dengan kawan-kawan "Mana yang lebih seronok ; berkumpul dengan kawan-kawan,pasang cerita, hidang air dan kacang,bergelak ketawa bersama-sama atau online?" Jawbnya "Online."
  4. Anda terima sesiapa sahaja dalam akaun Twitter, Facebook, Myspace, Friendster, Hi5, Yahoo Messenger dsb. Pada anda, jika anda ada 200 followers pada akaun twitterr anda, maka itu mnendakan bahawa anda popular. Padahal seorang pun anda tak kenal
  5. Keluarga dan kawan anda mula menegur jumlah penggunaan Internet anda. Pada mereka, ia membazir masa dan elektrik. Pada anda, mereka sedang cuba untuk mengambil alih tempat duduk anda.
  6. Keputusan peperiksaan anda terjejas kerana pelajaran terabai. Anda kata ada sebab lain. Padahal semua orang tahu internet adalah penyebabnya!!
  7.  Periksa e-mel sebelum memulakan sebarang kerja. Apabila ada e-mel yang perlu dibalas, anda mula melekat di meja komputer. Bila tengok jam, "Ah! Aku dah lewat"
  8. Anda tidak produktif lagi kerana masa banyak terbuang di depan komputer. Bila disuakan dengan kerja, anda katakan bahawa anda sibuk. "Nak check e-mel lagi, nak update blog lagi, nak baca blog orang lagi, nak tengok wall kawan kawan lagi.... Mana cukup masa!!"
  9. Bila orang tanya "Awak lama lama kay internet, awak buat apa?" Anda jawab "Ada la..." Anda mula merahsiakan apa yang anda lakukan di internet setiap hari. Anda bimbang orang akan lekehkan apa yang anda lakukan. "Kutuk internet bererti lutuk aku! "
  10. Bila anda hadapi tekanan kerja atau belajar, anda berkata, "Indahnya jika ada internet."
  11. Anda tertunggu-tunggu bila agaknya anda boleh online lagi. "Bila la aku boleh online." "Lama mana dah kamu tak online?" "Baru je tadi.Line tengah terputus sekarang ni."
  12. Arahan: Cuba anda bayangkan dunia tanpa internet. Reaksi: Tidaaaaaaak! (Sambil Berguling-guling atas lantai).
  13. Anda terasa geram dan marah apabila orang ganggu anda online.Anda pamerkan tanda 'Jangan Ganggu' ketika anda online.Bila ada yang mendekati dengan wajah yang garang anda jengkilkan mata sambil memberi isyarat supaya dia mematuhi tanda tersebut.
  14. Tidur terganggu kerana online.
  15. Apabila anda sendirian san tidak bayangkan anda sedang online dan meniikmati keasyikkannya.
  16. Bila ada yang memanggil ketika anda online anda akan jawab "Sekejap! "
  17. Anda cuba untuk kurangkan waktu online beberapa kali tetapi tidak berjaya.
  18. Bila orang tanya "Berapa jam anda online setiap hari?" Anda akan buat buat lupa
  19. Anda memilih untuk online berbanding keluar bersiar-siar. "Buat apa keluar bersiar-siar bila boleh lakukan hal yang sama dengan Google Earth? "
  20. Anda terasa bosan dan tertekan apabila tidak boleh online dan perasaan itu hilang sebaik sahaja anda berada di depan komputer.. "Bosaaaaa...[Internet yang terputus tiba tiba sambung kembali]"

No comments: