'>
HOME ABOUT T.F.P.D EX LINK E - NOVEL ARTWORK FOLLOW DASHBOARD

Friday, September 21

8 Fakta single itu best


  1. Nak keluar dengan kawan- kawan lelaki atau perempuan bebas.
  2. Nak mesej atau cal dengan kawan-kawan lelaki atau perempuan tak ada limit.
  3. Tak perlu nak fikir pasal orang lain.
  4. Tak akan mengalami masalah gaduh.
  5. Telingga tak sakit dengar bebelan.
  6. Mendapat tidur yang secukupnya.
  7. Duit boleh simpan, tak adanya nak topup untuk couple ke, belikan hadiah ke.. kan?
  8. Single is simple, Double is trouble..

20 tanda anda sedang ketagih dengan internet..


  1. Online melebihi keperluan. Mata tertumpu ke monitor tangan di keyboard. Tapi tahu nak tulis apa.
  2. Urusan harian tertangguh.Gelas dan pinggan yang belum dibasuh tersusun rapi di amping meja komputer. Bila nak guna baru basuh. Bukan basuh selepas guna..
  3. Mengutamakan keseronokkan Internet berbanding bergembira dengan kawan-kawan "Mana yang lebih seronok ; berkumpul dengan kawan-kawan,pasang cerita, hidang air dan kacang,bergelak ketawa bersama-sama atau online?" Jawbnya "Online."
  4. Anda terima sesiapa sahaja dalam akaun Twitter, Facebook, Myspace, Friendster, Hi5, Yahoo Messenger dsb. Pada anda, jika anda ada 200 followers pada akaun twitterr anda, maka itu mnendakan bahawa anda popular. Padahal seorang pun anda tak kenal
  5. Keluarga dan kawan anda mula menegur jumlah penggunaan Internet anda. Pada mereka, ia membazir masa dan elektrik. Pada anda, mereka sedang cuba untuk mengambil alih tempat duduk anda.
  6. Keputusan peperiksaan anda terjejas kerana pelajaran terabai. Anda kata ada sebab lain. Padahal semua orang tahu internet adalah penyebabnya!!
  7.  Periksa e-mel sebelum memulakan sebarang kerja. Apabila ada e-mel yang perlu dibalas, anda mula melekat di meja komputer. Bila tengok jam, "Ah! Aku dah lewat"
  8. Anda tidak produktif lagi kerana masa banyak terbuang di depan komputer. Bila disuakan dengan kerja, anda katakan bahawa anda sibuk. "Nak check e-mel lagi, nak update blog lagi, nak baca blog orang lagi, nak tengok wall kawan kawan lagi.... Mana cukup masa!!"
  9. Bila orang tanya "Awak lama lama kay internet, awak buat apa?" Anda jawab "Ada la..." Anda mula merahsiakan apa yang anda lakukan di internet setiap hari. Anda bimbang orang akan lekehkan apa yang anda lakukan. "Kutuk internet bererti lutuk aku! "
  10. Bila anda hadapi tekanan kerja atau belajar, anda berkata, "Indahnya jika ada internet."
  11. Anda tertunggu-tunggu bila agaknya anda boleh online lagi. "Bila la aku boleh online." "Lama mana dah kamu tak online?" "Baru je tadi.Line tengah terputus sekarang ni."
  12. Arahan: Cuba anda bayangkan dunia tanpa internet. Reaksi: Tidaaaaaaak! (Sambil Berguling-guling atas lantai).
  13. Anda terasa geram dan marah apabila orang ganggu anda online.Anda pamerkan tanda 'Jangan Ganggu' ketika anda online.Bila ada yang mendekati dengan wajah yang garang anda jengkilkan mata sambil memberi isyarat supaya dia mematuhi tanda tersebut.
  14. Tidur terganggu kerana online.
  15. Apabila anda sendirian san tidak bayangkan anda sedang online dan meniikmati keasyikkannya.
  16. Bila ada yang memanggil ketika anda online anda akan jawab "Sekejap! "
  17. Anda cuba untuk kurangkan waktu online beberapa kali tetapi tidak berjaya.
  18. Bila orang tanya "Berapa jam anda online setiap hari?" Anda akan buat buat lupa
  19. Anda memilih untuk online berbanding keluar bersiar-siar. "Buat apa keluar bersiar-siar bila boleh lakukan hal yang sama dengan Google Earth? "
  20. Anda terasa bosan dan tertekan apabila tidak boleh online dan perasaan itu hilang sebaik sahaja anda berada di depan komputer.. "Bosaaaaa...[Internet yang terputus tiba tiba sambung kembali]"

Wednesday, September 19

7 ciri ciri kawan yang baik


Cuba lihat sekeliling anda, berapa jenis kategori kawan yang anda miliki.Walaupun mereka tergolong di dalam kategori yang berbeza, tapi masing masing mempunyai ciri ciri yang menewan.Bila anda memerlukan pertolongan mereka , tak kira  kawan anda tergolong dalam kategori mana, mereka tetap menghulurkan bantuan.Di sini disenaraikan beberapa jenos kategori kawan yang anda perlukan setiap satunya dan mengapa..

1. Si Pendengar
Jenis ini mudah mendengar tak kira perkara remeh atau berat tanpa mengadili anda salah atau tidak. Meraka tidak akan memberi nasihat sehingga anda panta. Anda patut memiliki kawan jenis ini sebagai tempat anda meluahkan perasaan tambahan lagi jika kawan jenis ini juga sangat bagus, menyimpan rahsia.

2. Si Jujur
Kawan jenis ini akan bercakap perkara yang jujur sahaja tidak kira anda menyukai atau tidak perkara yang anda mendengar.Mereka sangat jujur sehingga ditafsirkan sebagai biadap.Kwan jenis ini yang akan memberitahu anda sekiranya teman lelaki anda curang atau sekiranya kasut yang anda pakai tidak sesuai dengan baju anda.Namun, selepas dia mengkritik dengan jujur, dia pantas memujuk anda kembali ata meminjamkan kasut yang sesuai untuk anda.

3. Si Penggemar Fesyen
Bercerita pasal kasut atau baju yang mahal, tidak semua mempu untuk memiliki barangan Jimmy Choo atau pon Guess. Maka anda patut memiliki kawan yang tergolong dalam  jenis ini kerana mereka mampu memilikinya dan dia sangat berbesar hati untuk meminjamkan kepada anda.Mereka inilah yang sesuai dijadikan eujukan sekiranya anda ingin berbelanja besar ubtuk satu-satu barangang mahal.Mereka mempunyai fesyen citarass yang tinggi dan rasa fesyen yang sempurna.Namun perkara yang paling menarik anda mempunyai akses penuh kepada almari beliau...Hebat bukan?

4. Si Cergas
Ingin tahu DVD senaman yang mana patut dibeli atau yoga studio yang baru dibuka berdekatam dengan rumah anda patut dicuba atau tidak? Tanya saja si cergas.. Meraka yang tergolong dalam kategori ini tidak lokek berkongsi rahsian masakan rendah kalori yang lazat dan enak. Ingin berjogging tapi tiada yang teman? Ajak saja mereka ini, meraka sangat berbesar hati menemanjan anda bersenam di taman..

5. Si Diva
Kita semua perlukan drama dalam hidup maka tidak salah memiliki salah seorang kawan jenis ini. Mereka ini bukan 'Drama Queen' tapi lebih kepada sang puteri yang wataknya tidak akan menyusahkan orang lain... Mereka mudah ketawa termasuk kepada diri sendiri,comel dan tiada musuh.Yang pastinya hanya suka berlagak diva dan tahu semua perkara.

6. Si Lasak
Golongan ini lasaj seperti budak lelaki dan tahu semua perkara yang budak lelaki tahu.. Mereka ini mampu untuk menukar tayar kereta anda yang pancit sekiranya anda tiada kawan lelaki yang boleh menolong anda. Golongan ini tidak akan sesekali memperlecehkan kemampuan wanita yang serba kekurangan malah mereka sangat boleh diharapkan.

7. Si Pengambil Berat
Mereka yang tergolong dalam kategori ini bersikap seperti ibu yang sangat mengambil berat. Kawan jenis inilah yang akan memasak bubur dan sup ayam sekiranya anda demam, yang tahu setiap jenis bunga dan yang menyayangi kanak kanak dan binatang. Mereka sangat penyayang, ringan tulang malah anda boleh berkongsi masalah seperti yang anda lakukan bersama ibu anda..


Sekarang lihat pada diri anda sendiri, jenis kawan bagaimanakah anda dan berapa jenis golongan kawan bersikap jujur dan baik hati tetap disukai ramai